Sunday 6 September 2015

CARA TANAM POKOK MULBERRY


Ada yang bertanya Cara menanam pokok mulberri ..

OKlah kesahnya begini…nak tanam Pokok Giant Mulberry ini ada 2 cara :

1. Melalui TUT.

2. Keratan Batang.

Dan jika tanam melalui Keratan batang sebaiknya ditanam dalam polibeg terlebih dahulu. Mudah nak pantau pertumbuhannya.





















     3. Anak Benih Polibeg.

Kalau dapat TUT @ Polibeg, terus aja tanam dalam Pasu @ Terus ke atas tanah.

Kalau dalam pasu, saya syorkan tanam dalam pasu yang besar dan sebaikknya bawah pasu tu dibesarkan sikit saiz lubangnya supaya akar boleh terus ke tanah..


PEMILIHAN TANAH

Tak payah susah-susah.. beli je tanah kat Nursery tu..Tanah 6 dalam 1. Masukkan tanah ke dalam polibag hingga penuh dan padatkan. Cara nak mudah padatkan..siram sahaja tanah tu..cepat lah dia padat…

Pada tanah dalam polibag, buat lubang menggunakan jari atauapa sahaja.. Lebih kurang 4 hingga 5 inci dalam. Tanam keratan batang pokok mulberri pada lubang yang dibuat . Ingat ya jangan tanam terbalik songsang jadinya nanti..ia akan membantutkan pertumbuhan. Seterusnya siram dengan air yang mencukupi. Keratan pokok mulberri yang sudah ditanam harus disimpan atau diletakkan di kawasan teduh terlebih dahulu sehingga 4 minggu atau sehingga 10 helai daun, bila daun dah banyak pastinya akar pon banyak. Jadi Boleh lah letak pada sinaran matahari penuh. Elakkan dari pokok bergoyang untuk elakkan akar muda yang mula keluar dari pangkal batangnya rosak.

Bila pokok dah masuk 2 bulan, boleh la baja dengan baja ringan (Baja KOPI) ..Ini baja yang saya gunakan…serasilah agaknya..Sebab semua pokok saya guna baja ini.

Nampak pokok dah cantek dan sehat.. Boleh dah alih pada tanah @ pasu besar.

Kena rajin Siram pokok mulberri anda dengan air yang cukup. Walaupon pokoknya dah besar..siram juga pokok tu.

Tidak Rugi tanam pokok mulberry ini sebabnya  mempunyai nilai perubatan yang tinggi terhadap kesihatan. Buah mulberri mengandungi asid sitrik, gula dan vitamim C manakala daun mulberri mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karoten dan kolin. Biji mulberri pula mengandungi ureas dan kulitnya mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol, dan sitosterol.

KEBAIKAN / KEGUNAAN DAUN MULBERRY :

1. Di luar Negara, daunnya diberi makan kepada ulat sutera dan rusa. 

2. Daun mulberri sangat baik untuk pencuci mata yang bengkak dengan merebusnya dan sapu pada mata yang bengkak di awal pagi dan petang. 

3. Daun mulberri yang dikeringkan berkesan melegahkan selesema, batuk, demam panas dan membersihkan dalaman badan. 

--------------Caranya rebus daun kering dan minum airnya. 

4. Daun mulberri juga berkesan melegahkan gigitan serangga dengan menumbuk 6 helai daun hingga lumat dan tampal pada kesan gigitan. 

5. Daunnya / Pucuk ada yang buat masak lomak dan buat celup tepong (ini saya belum cuba)

Khasiat Buah Mulberry : 

Buah mulberi pula berkesan untuk menyembuhkan penyakit kronik pencernaan, meransang rembesan cecair gastrik, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut. Orang demam sesuai sangat makan.

Khasiat Akar Mulbery: 

Akar pokok mulberi pula berkesan untuk penyakit asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang dengan -------cara merebusnya.

Khasiat Rebusan Kulit Pokok Mulbery. 

Air rebusan kulit pokok mulberri pula dikatakan boleh merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis,menyingkirkan kahak dan mengawal tekanan darah tinggi.

Kegunaan Pucuk Muda. 

Pucuk muda daun pokok mulberri juga boleh dijadikan sebagai ulam atau sayur tumis. Rasa seperti kangkung atau tutan tetapi tidaklah pahit. Apapun sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika menggunakannya sebagai ubat bagi mengelak daripada sebarang masalah yang tidak dingini.

Keistimewaan Pokok Mulberry  

1. pokok mulberri sesuai ditanam di tepi pagar rumah anda. Tanam sebaris dengan pagar di sekeliling rumah dengan jarak rapat. Ia bukan sahaja menjadi pokok hiasan tetapi sebagai penghadang yang praktikal.

2. Boleh dijadikan pokok teduhan yang sangat Manfaat.

Cara Kawalan Pokok 

Sekiranya pokok mulberi anda terlalu rimbun atau tinggi, cantas pokok mulberri tersebut.

Kelebihan Cantasan : 

1. Dengan cantasan ini pertumbuhan pokok mulberry dapat dikawal.

2. Kekerapan Cantarasan mampu menghasilkan buah.

Jom mencuba menanam pokok mulberri di halaman rumah. 

pokok mulberri sesuai ditanam di tepi pagar rumah anda. Tanam sebaris dengan pagar di sekeliling rumah dengan jarak rapat. Ia bukan sahaja menjadi pokok hiasan tetapi sebagai penghadang yang praktikal. Pokok mulberi juga boleh ditanam di dalam pasu jenis besar. Sekiranya pokok mulberi anda terlalu rimbun atau tinggi, cantas pokok mulberri tersebut. Dengan cantasan ini pertumbuhan pokok mulberri dapat dikawal dan paling penting ia akan menghasilkan buah yang banyak.

2 comments:

Unknown said...

T.kasih maklumat yg dikongsikan. Baru nak belajar tanam pokok2 herba.

hidayah_my said...

Ada keratan pokok jenis giant mulberry tak?